Review Maybelline Powder Matte Lipstick

Assalamualaikum. Welcome to my blog, Catatan Mummy MM. Alhamdulillah, berkesempatan jugak nak update something hari ni memandangkan hari ni hari aku tido lambat sebab nak tengok Seal Team. Boring2 takde buat apa2 so aku terfikir nak review something yang aku tengah pakai buat masa ni (bukan sekarang, siang tadi) which is Maybelline Powder Matte Lipstick.

Aku ni nak kata make up junkie tu tak jugak tapi aku suka kumpul lipstick. Aku suka everything pasal lipstick. So far dalam simpanan aku, aku cuma ada 2 jenama lipstick which is Maybelline Powder Matte Lipstick ada 5 batang dan Silkygirl Matte Junkie ada 4 batang yang akan aku review kemudian2. Maybelline adalah salah satu jenama lipstick yang aku suka banget. Dia orang ada keluarkan satu range lipstick baru iaitu Powder Matte dan memandangkan Watsons selalu buat sale so aku ambil kesempatan grab beberapa batang. Why not kan? Shade yang ada kat aku sekarang adalah Plum Perfection, Red Dy Red, Touch of Nude, Almond Pink dan Raw Cocoa.

My review about this products is, I loike it soo much terutama warnanya. Kalau bold memang bold habis. Kalau nude memang mengancem. Then, teksturnya yang ringan. Calit banyak kali pun tak terasa ketat walaupun dah nampak terang kat bibir. Tapi satu benda yang aku sedih angat pasal range ni, my favourite shade aka best seller which is Touch of Nude yang selalu sangat out of stock mudah sangat patah. Aku beli 2 kali dah tanpa sale and both of them patah already. I cant understand why it is so fragile? Is it my fault? Kalau cara aku pakai salah or kasar, kenapa lipstick laen boleh bertahan. Kenapa Touch of Nude tak dapat? Why3? I is frust hokey.

*Nanti2 aku upload gambor ye. Sekarang I is malas. Kbai.

April to June Skincare Routine

Assalamualaikum. Welcome to my blog, Catatan Mummy MM. Here we go again. Talking about skincare over and over again. If you can't realize that then thats okay sebab aku memang selalu delete post yang aku rasa kurang berkenan. Hahaha. Thats why you guys cant see it. But seriously, I talk about skincare a lots because I like it. Aku suka bila kita discuss2 tentang skincare apa yang terbaik untuk kulit kita. Skincare apa yang bagus untuk kulit kering, normal, combination atau berminyak. Dos and donts. The one that is affordable and worthy. Look guys, I cant focus because I watch ghost story right now and I kinda hate it but my husband keep pushing me to watch it with him. Its make my heart beat fast and maybe I going to do some mistake. Typo for example.

Since aku bersihkan diri 3 kali sehari so aku bahagikan skincare routine aku kepada tiga which is morning, afternoon and evening skincare routine. Actually, ada masanya aku bersihkan diri 2 kali sehari sahaja (time super duper busy or masa aku terasa sangat mengantuk or penat) but most of the time memang aku mandi 3 kali sehari. Tengah hari aku terpaksa mandi gak sebab aku kepanasan and my body produce a lots of sweat. Maklomlah bekerja di pedalaman, dalam rumah papan, memang bermandi peloh ler gamaknya. But I dont mind as long as I get my salary paid. Harharhar.

Firstly, morning routine. Pada waktu pagi, takde banyak rencam sangat. Aku bersihkan aje muka dengan air. Kalau rajin, aku sediakan air suam. Kalau takde masa, redho ajelah guna air paip biasa. And then, aku pakai toner and moisturiser dari Simple to prepare my skin sebelum aku pakai mekap. Mekap aku ni takdelah heavy sangat. Orang tak perasan pun aku pakai mekap. Aku pakai yang basic je cam foundation, compact powder, eyeshadow dengan blusher supaya muka aku takdelah nampak pucat sangat.

Secondly, afternoon routine. Lepas balik dari kerja, jalan kaki pulang ke rumah, peluh jangan dikata. Memang banyak keluar bak ang. Ketibas, ketibas and ketibas. So aku kena mandi barulah I feel good tenenenenet. That time aku guna 2 produk aje. Pertama, St Ives Apricot Scrub. Setiap hari. Tapi tak digalakkan. Aku just guna aje sebab best plus my skin jenis yang tahan lasak so okaylah. Tapi.. Setahan lasak mana pun your skin, jangan ler sental macam nak sental kuali. Kedua, gel cleanser dari Simple. So far aku guna okaylah tapi aku rasa agak geli sebab selama ni aku guna cleanser jenis foam. This is my first time using gel and I feel like I tempek some sort of ekstrak lidah buaya on my face.

Lastly, evening@night routine sebab aku biasa mandi malam. Lepas aku kerahkan bala2 tentera aku suruh diaorang tidur, settlekan kerja rumah baru aku mandi. Pada waktu petang@malam, aku cuci muka dengan cleanser dari Oxy. Oxy ni aku guna dah bertahun2 dah. Start masa muka aku breakout lepas stop pakai produk yang ada mercury anat tu. Lepas tu, aku pakai toner dan moisturiser juga dari Oxy. Part last ni aku selalu skip sebab bila lepas mandi kan, kaki aku ni jadi malas sangat nak melangkah ke mana2. Semua benda jadi malas. Mata dah mengantuk, focus nak landing atas katil aje. Jadi, toner dengan moisturiser untuk evening@night routine ni memang agak tahan lamalah.

Okay, thats it for my skincare routine. Kalau rajin aku upload gambar satu persatu produk yang aku guna. Kalau malas, macam ni ajelah. Rajinkan diri korang bukak google image. Biasanya memang malaslah. Korang pernah tengok gambar dalam setiap post aku? Takdekan? So faham2lah.

Review Loreal Elseve Fall Resist 3X

Assalamualaikum. Here I am. Lama tak bersiaran. Hati ni meronta2 nak post something tapi tangan ni malas yakmat nak menaip. Thats why I'm not full time blogger for sure. First of all, maafkan bahasa ku yang sangat rojak mamak peh meletop. This is the way I talk in real life. BM ada campur sikit dengan BI. Minta maaf sangat2 terutama kepada grammar nazi BM or BI. Hihihi. Secondly, can I use "aku" instead? Seriously, saya rasa canggung guna "saya" so from now on I'm gonna use "aku".

For this time, I think I'm gonna review some product. Tapi blur sekejap. Tak tau nak review apa. Simple? Baru aje guna seminggu, nak review ape nyey. Oxy? Lama sangat dah guna, banyak kali dah review nak cakap apa pun tak tau dah. So I'm going to review my latest product from my haircair routine which is Loreal Elseve Fall Resist 3X shampoo and conditioner. Itu aje yang aku guna so itu aje yang aku review.

Sebelom apa2, lemme put the disclaimer first. Review ini bukan review berbayar ye. Semua ni aku beli guna duet gaji aku sendiri. Halalan toyiban, In shaa Allah. Tapi kalau produk yang aku review tu disponsor sekalipun reviewnya tetap asli ya buk. Kalau bagus, aku bilang bagus. Kalau ngak bagus, takkan aku nak bilang bagus pulak. Aku pun ada reputasi yang nak kena jaga walaupun viewer belas2 aje. Hahaha.

Sebelum ni aku menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk yakmat terutama lepas beranak sampaikan bapak mertua aku tegur. "Peh, rambut sape yang berterabur kat atas lantai ni? Banyak giler." Of course dalam Bahasa Sarawak. That time I was thinking, I should do something before its getting worse and worse. Jadi aku start ler bukak Google, Facebook apa semua. Tengok apa yang recomended for hair fall problem. But non of them makes me interested. Then I go to my favourite drugstore, Watsons and I start searching. Jumpa dua produk ni. Um, wangi. Fruity2 gittew. Terus grab bawak balik rumah (lepas bayarlah, bukan curik).

Sebelum aku guna dua ketol budak ni, aku guna Pantene Anti Dandruff apekebendatah. Its my husband favourite shampoo dari zaman pop yeh2 lagi. Mula2 aku cakap aku nak tukar shampoo dari Pantene ke Loreal terus mukanya memasam so aku beli sorang satulah. Senang. Takde isu. Aku guna budak dua ketol ni masa petang aje biasanya. Since weekday (isnin sampai jumaat) aku pakai tudung almost all the time so aku tak basuh rambut waktu pagi. Aku just pakai minyak rambut apekebendatah yang aku beli dari Watsons, untuk rambut rosak gak. Petang baru aku shampu teros pakai conditioner kecuali weekend (sabtu dan ahad). Kalau weekend, aku shampu rambut pagi dan petang tapi conditioner aku taruk sekali iaitu waktu petang aje. Ekonomikal okay sebab sekali aku guna conditioner memang bapak banyak.

My review, first of all aku in love sangat dengan bau fruity2 dia. Thats is the main factor why I grab Loreal sedangkan ada banyak lagi shampu lain kat Watsons. Masalah rambut gugur aku makin okay dah. Takdelah sampai takde langsung rambut gugur tapi at least bila aku sikat rambut tak kiralah guna tangan ke sisir ke, amount rambut yang gugur tu dah kurang. Kalau dulu kan tuan2 dan puan2, rambut gugur tu boleh cecah segenggam chuols. Dah botak dah depan kepala aku ni. Tapi sekarang sikit aje, gugur2 manje gittew. Overall, aku puas ati. Aku rekomen shampu dan conditioner ni kepada korang. Sekian, aku nak tido. Good night. Mummy MM. 2258.

March 2019 Skincare Haul

Assalamualaikum. First of all, hilang mood saya nak menaip. Punyalah syok menaip draft tiba2 my little kids tekan back and the worst thing is, semua yang saya type tak disave pun. Huhuhu. Kembali bersiaran setelah berminggu2 tak update apa2. Actually saya ada post one or two entry before tapi saya delete balik because I dont think those entry were benefial for you guys to read. Kali ini saya nak share "ole2" yang saya beli dari Watsons tempoh hari. "ole2" kali ini agak banyak since my husband said saya dah tak cantek and terurus. Kira shopping kali ini dalam keadaan sentaplah. Kalau dulu nak shopping barang keperluan diri, kena fikir dulu namplohnam kali tapi kali ini satu benda aje saya fikir, I have to fix myself. Zap, RM200 melayang you2.

Ada banyak benda yang saya beli. Most of them are skincare and haircare. I dont buy make up anymore because I think everything is there. No need to buy anymore. So I will starts with morning skincare routine. Pada waktu pagi, saya prefer produk yang lebih natural or botanical gittew since saya guna banyak produk berchemical before. I choose Simple product for oily skin which is Simple Refreshing Facial Wash Gel, Simple Soothing Facial Toner, Simple Hydrating Light Moisturiser. My skin memang normal tapi adakalanya agak berminyak terutama waktu tengah hari jadi saya cenderung memilih produk untuk kulit berminyak (ready for the worst).

Kemudian, kita beralih kepada afternoon skincare routine. Okay, memandangkan saya bekerja di pedalaman jadi peraturan kat sana takdelah strict sampai kite kena dudok melangut dalam office sampai pukul 5 walaupun takde kerja. So, kalau takde aktiviti petang, pukul 1 memang dah lenggang dah. For me, waktu tengah hari adalah waktu yang mana my skin rasa sangat kotor. Mekap yang dah bercepuk, plus titisan peluh, plus debu2 di persekitaran. Urgh. So I tend to wash my face with scrub. Yes, scrub. For that, I choose St. Ives Acne Control Apricot Scrub sebab dari dulu lagi memang saya guna skrub ni. Saya setia orangnya. Apabila dah selesa dengan satu2 barang, saya jarang rasa nak bertukar2.

Lastly, evening skincare routine. Waktu petang, saya beli produk daripada Oxy Mentholatum iaitu Oxy Acne Control Whitening Wash, Oxy Acne Control Toner and Oxy Acne Control Moisturiser. Saya guna Oxy dari azali lagi (okay, saya tipu). Tak kira macam2 produk saya try, at the end of the day I still choose Oxy Acne Control range because I hate acne/pimple. Thats the reason. I dont care if my face was not fair or not flawless but I cannot stand to see acne/pimple on my face. I will find a way to get rid of it. But bear on your mind, tak semua orang sesuai guna produk ni since chemical contentnya agak tinggi. Sensitive skin is not recomended.

Akan bersambung, penat do type guna handphone dengan typo yang melambak2 disebabkan jari iols yang agak besar ni.

Tips Mengendalikan Anak Demam

Assalamualaikum semua. Lama dah tak bersiaran. Minggu ini adalah minggu paling sibuk buat kami. Jumaat, balik ke kampung. Sabtu, kenduri kawen adik ipar. Ahad, balik semula ke sini. Isnin, saya cuti hantar adek ke KKIA. Menurut doktor, adek mengalami dehydration dan tonsilitis. Selasa, saya cuti lagi untuk bawak adek ke hospital sebab suhu badannya sangat tinggi dan akhirnya ditahan. Rabu, adek dah aktif tapi doktor tak benarkan balik sebab malam tu adek panas. Alhamdulillah, adek dibenarkan keluar pada hari Khamis.

Entry kali ni saya nak kongsikan sikit tips2 dan panduan untuk mengendalikan anak2 yang demam ni memandangkan sekarang banyak anak2 yang demam. Mula2 sekali bila anda perasan yang anak anda kurang berselera bila diajak makan, kurang aktif apabila bermain ataupun kerap muntah2. Perkara pertama anda harus buat adalah ukur suhu badannya dan pantau setiap jam. Kalau suhu badannya dalam lingkungan 37 darjah celcius, anda digalakkan untuk menampal cool fever. Take note ye. Bukan di dahi tapi di belakang kepala atau lebih tepat lagi bahagian tengkuk.

Kemudian, apabila suhu badannya meningkat dalam lingkungan 38 darjah celcius. Saya galakkan anda untuk memberi paracetamol mengikut dos yang betul bagi mengelakkan underdose ataupun overdose. Saya jugak nak nasihatkan anda untuk mengelap badan anak anda dengan kain yang dicelup dengan air suam. Berdasarkan pengalaman saya di hospital tempoh hari, nurse2 di sana tak lap sangat pun. Mereka perah di badan dan biarkan si anak di bawah kipas. Kalau air yang menitik di badannya sudah kering, mereka suruh ulang balik sampailah suhu badannya kembali normal.

Kalau suhu badannya masih meningkat sampai takat 39 darjah celsius dan ke atas, ubat montot (saya tak tahu nama ubat ni) adalah alternatif terbaik sementara nak ke hospital. Jangan berlengah kalau suhu badan anak dah tinggi sangat sebab anak anda berisiko tinggi untuk kena sawan. Sawan ni bila sekali terkena kat anak, dia akan datang lagi dan lagi dan lagi  walaupun cuma demam ringan aje (misi kat KKIA yang bagitau masa saya nak bawak anak ke KKIA, dia suruh terus ke bahagian emergency).

Setakat ni, hanya 2 3 tips sahaja yang boleh saya kongsikan disebabkan oleh pengetahuan saya yang terhad. Jika ada sebarang teguran mengenai kesilapan fakta ataupun penambahan tips boleh dikongsikan bersama2 di ruangan komen. Saya amat berbesar hati untuk menerimanya. Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya ❤❤ #mummymmkongsitips