Eco Shop Haul Batch 1

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai gais. Bertemu lagi setelah seharian aku menghilangkan diri. Ingatkan terus stop blogging macam peel dulu² tapi rajin pulak aku buat post malam² ni. So, hari ni aku nak share sikit pasal produk² yang aku beli daripada kedai Eco aka kedai RM2.10 (kat Sarawak RM2.30). For your information, kedai Eco kat Sarawak ni sangat² limited. Ikea lagilah. Aku lupa berapa ketul kedai Eco kat Sarawak tapi yang pasti dapat dikira pakai jarilah. So bila ada kedai Eco bukak kat satu² kawasan, excitednya tu gais, lain maciam sikit. Nak² lagi bila kedai Eco tu bukak cun² (bukan lawa ye gais, cun² tu maksudnya ngam²) dekat daerah tempat tinggal ko. Hati ni cam digaru² nak pergi.

Dipendekkan cerita, Jumaat yang lepas adalah grand opening kedai Eco cawangan Serian yang bertapak di area Serian Piazza sana tu. Kalau limpas dari jalan besar, nampak merah², kedai Ecolah tu (jangan pulak ko terkeliru dengan kedai kek lapis Asma pulak, mentang² signboard sama² merah 🤣🤣). Hari Sabtu tu aku ajak husband pergi ke Lepapa sana. Konon² nak topup barang dapur sikit. Racun punya racun, dapatlah aku pergi ke kedai Eco sekejap. Time masuk tu memang rushing giler sebab aku takut kena marah husband berlama² di sana. Dah rasa macam masuk rancangan The Amazing Race pun ada. Gais, handphone aku dah nak abis bateri. Nanti² kite sambung borak lagi. Maaf gais 🤣🤣

UPDATED

HAHAHA. Dah masuk bulan Disember baru datang sekelumit kerajinan nak update. 😂😂 So quick update from me. Aku tak beli banyak barang pun. Sekadar cuba try test jurr. Let see apa yang aku dah beli (bahana malas nak update sampai lupa dah apa yang aku beli). Firstly, aku beli deterjen dan softener jenama Ganso. Dah tinggal setengah pun aku pakai. For me, baunya semerbak macam pakaian yang dicuci dekat kedai dobi. Masalahnya macam tak syoklah pakai sebab takde buih. Memang takde buih ek? Then softenernya pun wangi. Tapi wanginya time tu jelah. Dah kering takde bau apa-apa pulak so next time aku nak try softener yang dalam bentuk pouch tu pulaklah. Korang rekomen yang mane?

Aku beli buku latihan untuk pembelajaran dari rumah anak sulung yang belajar kat tabika tu. Aku beli hampir nak satu set jugaklah. Satu set ada empat buah tapi aku beli tiga buah je. Bahasa Melayu, Matematik Awal dan Sains Awal. Walaupun buku-buku ni dari kedai Eco tapi isinya takdelah cincai. Sesuai je untuk pembelajaran anak-anak pada peringkat umur empat ke enam tahun. Aku dulu pernah gak jadi guru prasekolah mengantikan guru prasekolah yang berpindah sekolah jadi aku taulah serba sedikit tentang silibus untuk murid prasekolah. Kesian tengok si bongsu takde buku, aku beli sebuah buku sticker/mewarna untuk dia. Malangnya, baru seminggu dah tak macam buku dia kerjakan *facepalm

Kemudian, aku beli mainan untuk anak-anak aku. Kenal adil, seorang dapat dua. Si sulung dapat dump truck sebab memang dah minat dia cenggitu. Si bongsu aku tak tau nak beli apa so aku belikan bas berwarna pink. Then, aku beli mainan remote control yang kalau ditekan keluar lagu bang joni entah apa-apa tu. Alhamdulillah dia orang happy. Next, aku beli wallpaper corak marble. Mula-mula aku ingat nak guna untuk restore meja kontot kat kuarters supaya anak-anak dapat guna time belajar or mengaji. Last-last aku guna untuk restore tikar buruk rumah mak bapak aku yang kite orang selalu pakai untuk baring-baring tapi tak cukup. Second time aku datang corak tu dah sold out. Sadis betul 😕😕

Next, aku dah lupalah gais. Maaflah kalau posting kali ni agak hambar 😓😓

No comments: