Eco Shop Haul Batch 1

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai gais. Bertemu lagi setelah seharian aku menghilangkan diri. Ingatkan terus stop blogging macam peel dulu² tapi rajin pulak aku buat post malam² ni. So, hari ni aku nak share sikit pasal produk² yang aku beli daripada kedai Eco aka kedai RM2.10 (kat Sarawak RM2.30). For your information, kedai Eco kat Sarawak ni sangat² limited. Ikea lagilah. Aku lupa berapa ketul kedai Eco kat Sarawak tapi yang pasti dapat dikira pakai jarilah. So bila ada kedai Eco bukak kat satu² kawasan, excitednya tu gais, lain maciam sikit. Nak² lagi bila kedai Eco tu bukak cun² (bukan lawa ye gais, cun² tu maksudnya ngam²) dekat daerah tempat tinggal ko. Hati ni cam digaru² nak pergi.

Dipendekkan cerita, Jumaat yang lepas adalah grand opening kedai Eco cawangan Serian yang bertapak di area Serian Piazza sana tu. Kalau limpas dari jalan besar, nampak merah², kedai Ecolah tu (jangan pulak ko terkeliru dengan kedai kek lapis Asma pulak, mentang² signboard sama² merah 🤣🤣). Hari Sabtu tu aku ajak husband pergi ke Lepapa sana. Konon² nak topup barang dapur sikit. Racun punya racun, dapatlah aku pergi ke kedai Eco sekejap. Time masuk tu memang rushing giler sebab aku takut kena marah husband berlama² di sana. Dah rasa macam masuk rancangan The Amazing Race pun ada. Gais, handphone aku dah nak abis bateri. Nanti² kite sambung borak lagi. Maaf gais 🤣🤣

UPDATED

HAHAHA. Dah masuk bulan Disember baru datang sekelumit kerajinan nak update. 😂😂 So quick update from me. Aku tak beli banyak barang pun. Sekadar cuba try test jurr. Let see apa yang aku dah beli (bahana malas nak update sampai lupa dah apa yang aku beli). Firstly, aku beli deterjen dan softener jenama Ganso. Dah tinggal setengah pun aku pakai. For me, baunya semerbak macam pakaian yang dicuci dekat kedai dobi. Masalahnya macam tak syoklah pakai sebab takde buih. Memang takde buih ek? Then softenernya pun wangi. Tapi wanginya time tu jelah. Dah kering takde bau apa-apa pulak so next time aku nak try softener yang dalam bentuk pouch tu pulaklah. Korang rekomen yang mane?

Aku beli buku latihan untuk pembelajaran dari rumah anak sulung yang belajar kat tabika tu. Aku beli hampir nak satu set jugaklah. Satu set ada empat buah tapi aku beli tiga buah je. Bahasa Melayu, Matematik Awal dan Sains Awal. Walaupun buku-buku ni dari kedai Eco tapi isinya takdelah cincai. Sesuai je untuk pembelajaran anak-anak pada peringkat umur empat ke enam tahun. Aku dulu pernah gak jadi guru prasekolah mengantikan guru prasekolah yang berpindah sekolah jadi aku taulah serba sedikit tentang silibus untuk murid prasekolah. Kesian tengok si bongsu takde buku, aku beli sebuah buku sticker/mewarna untuk dia. Malangnya, baru seminggu dah tak macam buku dia kerjakan *facepalm

Kemudian, aku beli mainan untuk anak-anak aku. Kenal adil, seorang dapat dua. Si sulung dapat dump truck sebab memang dah minat dia cenggitu. Si bongsu aku tak tau nak beli apa so aku belikan bas berwarna pink. Then, aku beli mainan remote control yang kalau ditekan keluar lagu bang joni entah apa-apa tu. Alhamdulillah dia orang happy. Next, aku beli wallpaper corak marble. Mula-mula aku ingat nak guna untuk restore meja kontot kat kuarters supaya anak-anak dapat guna time belajar or mengaji. Last-last aku guna untuk restore tikar buruk rumah mak bapak aku yang kite orang selalu pakai untuk baring-baring tapi tak cukup. Second time aku datang corak tu dah sold out. Sadis betul 😕😕

Next, aku dah lupalah gais. Maaflah kalau posting kali ni agak hambar 😓😓

Introduction Part 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai gais. Tak yah nak intro panjang². Kita sambung je coretan kita semalam yang terputus gara² battery laptop aku habis. Dipendekkan cerita, pagi tu aku dah cas. Ahuahuahu, battery pun dah penuh. Aku pulak tertinggalkannya gara² rushing nak balik kampung. Tak ke hanet cam tu? (daerah kite orang green zone tau, takde PKPB so bolehlah balik kampung). So dipendekkan lagi cerita, aku pun update guna apa yang ada which is handphone yang membuatkan aku rasa cam claustropobia je sebab dalam laptop luas je. Bila dekat handphone kecik² je space. Rasa cam type banyak tapi bila preview seciput je satu perenggan 🤣🤣 Lagi satu aku kalau buat blogpost memang noob. Nak kena justify cam assignment, alih² kat handphone takde pulak. Dah tambah satu lagi kerja nak edit dalam laptop nanti 🙄🙄 Eh, terpanjang pulak intro aku ni.

Kita pendekkan cerita. Biar aku perkenalkan diri aku dulu. Sebenarnya aku belum sedia lagi nak reveal macam² tentang diri aku. So korang anggap jelah Mummy MM tu nama sebenar aku. Aku bekerja sebagai penjawat awam di Sarawak, jadi guru je. Pun begitu aku bersyukur sebab dapat kerja sebagai guru. Dengan kerja nilah aku sara diri aku, keluarga kecik aku, mak bapak aku, adik aku yang masih belajar. Terima kasih kerajaan Malaysia sebab sudi bagi peluang kepada aku untuk bekerja 😅😅 Pun begitu, aku tak minat sangat nak share life aku sebagai seorang guru sebab banyak yang dah share life seorang guru. Takde yang best sangat pun tentang life aku sebagai seorang guru. Biasa² je bahkan ada yang lebih adventurous (betul ke ejaan ni?) cam Cikgu Fadhli, Cikgu Emmet, Cikgu Nazmi sampaikan aku rasa life junior aku yang posting kat P3 tu lagi best daripada life aku.

Jadi, ape yang aku nak kongsikan? Let me tell you. Minat aku lebih kepada mak² gitu. Kira cam membawanglah. Cam ne nak urus keluarga? Cam ne nak urus anak²? Cam ne nak deko rumah? Cam ne nak berjimat? Produk ape murah tapi berpatutan? Korang suka collect ape bila masok fasa mak² ni? Hari ni aku buat ape? Hari ni aku shopping apa? Review itu ini. Haa, itu aku. Itu aku suka. Nampak macam nothing kan? Terpulanglah. Aku tulis blog bukan nak raih follower or view. Follow button pun aku tak buboh. Nak baca, type je 'catatan mummy mm' Aku sekadar nak menulis je. Sebab bosan, tu je. Aku duduk sorang² kat rumah. PJJ dengan suami. Jaga anak². Nak lepak rumah jiran sebelah segan pulak sebab nak kena angkut anak². Tak buat pa² cam takde life. Better aku berblogging. Kira cam tulah niat aku sebenarnya. Jadi sudi²lah melepak bersama aku. Kita borak guna komen.

Introduction

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai gais. This is my first post (actually it's not my first blogpost, this blog has a lots of post but I deleted the old ones and change its name for a fresher vibes 😂😂). Mula-mula, aku nak namakan blog ni sebagai Blog Rakyat Marhaen since tujuan aku berblogging adalah sebab aku nak share lifestyle aku sebagai rakyat marhaen (walaupun ada certain daripada korang yang tak berminat pun nak tahu 😂😂). Tapi aku rasa nama tu agak awkwardlah walaupun aku memang dah biasa hidup dengan keadaan yang awkward-awkward ni. So I change its name to Catatan Mummy MM since I has two kids. The older ones is M******* and the younger ones is M***. Alamak, battery low. Esok aku sambung balik. So stay tuned (ala-ala macam Youtuber ler pulak 😂😂). Charger ada je kat bilik sebelah tapi aku ni jenis penakot nak mampos so aku rela tunggu esok.

Aku agak noob pasal editor baru ni. Tak tau macam mana nak save tanpa perlu publish so korang tunggu jelah second Introduction post esok 😂😂